Interview (USM, UKM, UMS)

Assalamualaikum guysss~

Harini mau cerita sikit pasal experience interview. Actually, saya dapat empat interview. Tapi malangnya saya terpaksa lepaskan satu. Sedih tapi maybe bukan rezekikan? Buat adik-adik matrikulasi, do your best especially for first semester. Sebab yang menentukan kamu dapat interview atau tidak based on result first semester.

TEMUDUGA USM (FARMASI)
Saya dapat temuduga usm pada 15 Mei 2015 bertempat di Hotel Promenade, KK. Seminggu sebelum interview (masa tu juga baru habis program matrikulasi) boleh dah semak samada kita dapat interview atau tidak. Interview ni pengalaman kedua saya. Pengalaman pertama interview ipg haha. Tapi tidak berjaya. Untuk interview ni kena ready awal. Jangan ready last minute okay. Sampai dekat hotel, memang ramai calon ex-matriculation. And most of the candidates were chinese. Tapi hanya dua tiga orang saja yang ambil kos medics. Pelik? Untuk kos farmasi pun sama. Interview pun bermula. Pada awalnya, pengurus tu tanya siapa volunteer mau interview dulu. Tapi tiada. Lepas tu pengurus tu decide untuk ikut urutan tempat duduk. Guess what? Saya orang pertama akan ditemuduga. Aduhh.

Debaran tu kurang sikit bila masuk bilik temuduga. Di sana ada dua orang panel penemuduga. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka baik dan seronok untuk bercakap. Temuduga ni dalam dua bahasa (BM & BI). Antara soalan yang di tanya :
i) Ceritakan latar belakang anda dan keluarga anda.
ii) Kenapa pilih USM?
iii) Kenapa pilih farmasi?
iv) Apa ubat yang anda tahu?
v) Apa kelebihan anda?
vi) Di mana pharmacist boleh bekerja?
vii) Kenapa kami perlu terima anda?

Jawapan saya >>>>>> interview USM

Ada lagi yang lain tapi saya kurang ingat. Panel tu ada bagi saya peluang untuk bertanya sebab panel tu kata 3000+ orang memohon. 150 orang sahaja diambil. So far, its okay lah

TEMUDUGA UKM (FARMASI)
Dua hari kemudian, tanpa sengaja dan tanpa dirancang, saya semak kemasukan ke UKM. Wah! Saya dapat. Excited sangat tapi takut. Tapi setelah berfikir panjang, saya tidak mahu lepaskan apa-apa (bukan tamak haha) cuma takut menyesal kemudian hari. Saya buat keputusan untuk pulang balik saja pergi interview tu. Nasib baik kakak temankan. Temuduga saya bertempat di TH Hotel, KK bersamaan 25 Mei 2015. Sampai dekat hotel tu kena daftar dulu. Lepas tu isi borang yang kena bagi untuk interview. Temuduga UKM ikut masa. Maksudnya, setiap calon ada spesifik masanya sendiri. Masa saya pukul 10.45 pagi. Dua orang calon menunggu di luar bilik. Seorang dari PASUM, masa ditemuduga pukul 11.30 pagi. Yang seorang lagi dari KML, masa ditemuduga pukul 11.15 pagi. Walaupun saya datang lambat dan mereka datang awal, tapi saya tetap ditemuduga dulu sebelum mereka haha.
Masuk bilik temuduga tu, dalam otak "habislah habislah habislah". Ada tiga orang panel penemuduga. Semua perempuan. Saya rasa confident sedikit sebab temuduga sebelum ni (USM). Sama juga, temuduga ni dua bahasa (BM & BI).

Antara soalan yang ditanya :
i) Ceritakan latar belakang pendidikan anda dan keluarga anda?
ii) Pilihan-pilihan upu.
iii) Sekiranya diberi pilihan, anda pilih UKM atau UMS? (disebabkan pilihan kedua upu saya UMS)
iv) Kenapa pilih UMS pilihan kedua? Kenapa pilih kos perubatan?
v) Kekuatan dalam kokurikulum.

Temuduga UKM ni ada bagi satu situasi. Kita kena jawab dan kena tanya sampai kamu tak boleh jawab aduhh -,- Situasi saya kena bagi lebih kurang macam ni "Anda sebagai penolong ketua untuk sesuatu program. Apa yang anda lakukan sekiranya terdapat perselisihan dengan ketua program tersebut?" Lepas saya jawab, kena tanya. Jawab tanya jawab tanya aduhh haha Masa kena tanya soalan (v) tu, panel tu siap suruh saya berforum (sebab jawapan saya - saya pernah wakil negeri Sabah dalam pertandingan Forum Remaja).

TEMUDUGA UM (FARMASI)
Saya tidak pergi disebabkan lambat semak. Sedih. Temuduga UM ni sepatutnya 26 Mei 2015 bertempat di Grand Hotel 1B, KK. Saya dapat tahu saya dapat temuduga masa on the way balik Keningau lepas temuduga UKM.

TEMUDUGA UMS (DR. PERUBATAN)
Last interview. Sebelum temuduga, calon perlu menjawab ujian aptitud pada 2 Jun 2015. Jika lulus ujian tersebut, maka calon akan ditemuduga. Fortunately, saya lulus ujian aptitud. Alhamdulillah. Saya terima panggilan untuk ke temuduga pada 3 Jun 2015 bertempat di Sekolah perubatan, UMS. Pengalaman yang memalukan, saya lambat berminit-minit. Sedih. Malu. Tapi masa tu belum mula temuduga. Cuma kami berkumpul di exam hall. Mana personaliti sebagai seorang doktor? Aisehhh haha.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. Saya kumpulan A3. Kami disuruh untuk bergerak ke satu bilik. Lepas tu, tunggu. Temuduga bermula. Huh! Lagi situasi. But this is really like muet speaking. Agree, not agree. Yes bla bla. Oh no! I'm in the group with those Band 5 hahaha. Malu tahu tak. I'm not really good in english. But I tried. Ingatkan, satu bilik sahaja lepas tu selesai. Rupanya kena bergerak pergi dua bilik lagi. Maksudnya tiga situasi untuk dibincangkan.
i) Smaller class or bigger class is good in university?
ii) What is your experienced to be a good doctor?
iii) Based on one situation (cheating during exam), who is the most at fault?

Anyway, I have a great group. They were friendly. I hope we can see each other again yeah. Maka, tamatlah pengalaman temuduga saya hehe.

Any question ask me here ask.fm/ikaatiyka :)

Comments

Anonymous said…
SOalan dia untuk candidate lain sama atau lain?
nrtkah said…
sorry lambat reply. Panel penemuduga tu soal apa saja. Jadi, mmg x samalah soalan stiap candidate. tapi untuk ums mmg sama soalan untuk 3 group :)
Unknown said…
Assalamualaikum kak..
Saya nak tanya..resume utk tiap2 universiti berlainan ke?ke setiap universiti dah tetapkan nak resume yg mcm mana
nrtkah said…
@Ainul Adawiyah Mohamad Nasir Waalaikumsalam :) Ada sesetengah Universiti yang tak minta resume. Tapi better buat siap2. Selalunya resume sama ja. Adik lepasan matrik? Guna ja resume utk kelas dinamika tu >.<
Fafafafafa said…
Hi. Nak tnya. Kene bawak sijil mcm sijil koko semua tu tak?
nrtkah said…
Hi. Ya. Kena bawa semua tu. Better susun cantik2. Dari peringkat tinggi sampailah yg rendah.
Anonymous said…
Salam sis..biasanya iv farmasi usm dia ada tnya pasal isu semasa x?
Anonymous said…
Hey sis!
I wanna ask about the aptitud test.
How long is the duration of the test?
nrtkah said…
Hi! :)
An hour or 45 minutes like that. I'm not very sure. Forgot already haha. Tapi kena jawab laju2 sbb ada candidates yg x smpt habis jawab soalan. Mmg x cukup masa.
Unknown said…
Hye sis.kalau x pergi iv die ad effect dkt pilihan yg lain tak?
Anonymous said…
Hi. I was jst wondering wht are some of the questions they give for the aptitude test? Multiple choice questions is it?
nrtkah said…
Hai! Tak pasti pula. Hari tu tak pi interview um, dia tak affect apa2 pun.
nrtkah said…
Absolutely yes. You need to bring calculator and stationery.
Anonymous said…
Salam. Nak tanya gpa akak berape ye time matriks dulu? Sebab rasanya result yang cemerlang je boleh dapat iv macam ni. Heheh

Popular posts from this blog

After matriculation? University interview?